Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak.
Perkongsian ini bermula apabila seorang lelaki bernama Wazirudin Zainuddin memuat naik status di laman Facebook miliknya yang tersentak apabila diajukan satu soalan semasa penghantar kurier tersebut tiba di kediamannya.
SAYA DITAM(PAR) OLEH SEORANG ABANG COURIER ???? WAKE UP CALL FOR ME…
Panjang cerita ni, jarang laaa saya menulis panjang, slalu copy paste je… Tapi skali sekala apa salah nyaaa…????
Ceritaaaa nyaaa macam niiii…..
Last week hari yang agak penat, mengadap komputer siang malam, ada paper work kene settlekan.. mengeluh laa aku, padahal sebelum ni tak banyak keje tak pulak bersyukur..hehehe… Penat otak ngadap komputer ni…hari hujan fuhhh besss tidoq niii..heheeh
WORK FROM HOME .. main-main dengan anak sikit… Biasa laa main macam-macam. Abis segala mainann ku punggah, nak bagi depa senyap skit…sementara otak kasi lega sikit…hehehe itu laaa upah nyaaa…sebakul mainann, then settle…heehe..
Tiba-tiba….PIN PINNN…PIN PINNNN…. Bunyi hon motor, aduhh sape lakk niii…. Aku tengok kat tingkap, oooo Abang Courier…. umur dalam 40-an kot..aku capai mask, keluaq untuk amik barang….
Abang Courier : Assalamualikum dikkk barang dik… (kecik matanya, dok sengeh kot, tak nampak sebab dia pakai mask)
Aku : waalaikumsalam..yaaaa berehhh bang… Sign sini ya bang?… Orait siapp bang…
Abang Courier : dik, tanya sikit dik, tuan rumah tu ade kat umah ke? (Sambil tunjuk rumah jiranku).. Saya bagi salam takde orang jawab…
Aku : mungkin keje kot bang time ni, kenapa bang? Nak anta barang ke? Bagi kat saya pun ok…
Abang Courier : eh tak, saya dari minggu lepas tengok ada mainann kat belakang tuu, macam tak guna jee, saya ingat kalau nak buang, saya nakkk…tapi nak mintak segan lak..hehe (Kecik lagi mata dia, sengeh lagi)
Aku : ooo, tak sure juga bang….lama dah kat situ, nanti saya cuba tanyakan, meh no telefon abang, saya call abang kalau saya jumpa tuan rumah nnti… Abang, abang nak nak wat pe benda tu bang?…. (Aku nak sure kan sebab slalu org tanya besi, tin or kotak sebab nak jual, tapi risau gak nak tanya direct, tanya kene berlapik juga..hehehe)

Abang Courier : mmmmmm…. takde apee laaa dikkk, saje ingat kalau tak guna, nak bawa balik bagi ANAK SAYA…..
Akuuuuuu tewassssss…. Checkmate….Abis…. Mendengar itu, jantung aku terus rasa macam terhenti seketika… Dada aku terasa sempit, senak macam DITUM(BUK)…. aku kelu terus, dan Abang Courier berlalu pergi…
Aku masih berdiri, sambil pegang bungkusan, mataku tak lekang dari melihat Abang Courier bermotor dalam hujan sehingga lenyap dari pandangan….
Aku masuk umah, sembang dengan wife, amik kunci kete, shooottt keluar…dalam sejam aku call abang tu….
Aku : hello bang, saya sembang dengan abang tadi, abang balik dah? Umah kat mana bang? Tunggu sat banggg…saya dapat dah mainann tu, nak bagi kat abang ni…
Abang Courier : Nak balik Serian ni, saya tunggu kat batu 7 ni, kat sekolah, mai laa dik, saya tunggu…
Sampai aku kat dia, dia lambai, dia masih ingat kereta aku kottt…aku kasi high beam….
Aku turun, hujan renyai dah masa tu, mainann biar dalam kete dulu… sembang belakang van company dia, motor dah pulang kat company katanya…balik Serian bawa barang pulak untuk esok…
Aku : banggg dapat dah banggg mainann tuuu…
Abang Courier : Alhamdulilah…terima kasih laaa dik, susah lak menghantar ke sini….
Aku : alaaa dekat jeee bang…
Aku pun bawak keluar mainann tu…. Abang tu pandang mata aku muka nya berubah, aku balas dengan senyuman…

Aku : bangggg, saya tengok tadi mainann tu ada rosak skit… Saya beli baru untuk abang yaa…(sambil sengeh kambing)…. Bukan sedekah bang, ni hadiah untuk anak abang….
Aku sebut jeee perkataan ANAK…..sapppp abang tu tekup mata dia sambil duduk kat belakang van… Memandang ke bawah… Tak berkata apa selama seminit ..aku biarkan sahaja tak berkata apa… cuma 3 perkataan aku dengar sayup dari mulut nya….

Abang Courier : Allahuakbar… Allahuakbar…. Alhamdulilah…
Abg tu menangis, dan cuba tolak perlawaan ku sebab malu katanya..
Aku : bang amik bang..untuk anak, bukan sedekah tapi hadiah, saya bukan anak yang baik bang, dengan mak ayah saya, saya kadang-kadang lebih kurang, bila tengok abang, teringat susah nya ayah dan mak saya.. macam ni dulu kot nak besarkan saya… Dah besar, dah kerja, saya jadi lupaaa…saya ingat saya susah dah konon…tpi saya lupaa ada lagi susah… Abang amik ye, nanti kalau tak amik, saya nak jawap apa dengan Allah, saya ada duit sikit, tak banyak sangat, tapi cukup beli mainann untuk anak saya, kadang-kadang dorang campak cammpak je bang…abang pulak berminggu, bersusah nak dapatkan… Terima ye banggg….
Alhamdulilah dia terima, semoga Allah membahagiakan kita semua.
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Wazirudin Zainuddin