“SAYA DAH 3 KALI PERGI UMRAH, YANG PAKAI TUDUNG TAK DIJEMPUT PUN”
Harus faham, hukum menunaikan umrah ialah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum MENUTUP AURAT IALAH WAJIB. Ramai salah faham tentang keutamaan ini menyebabkan perkara wajib dilengah-lengahkan tapi yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabaī yang wajib.
Ada juga sebahagian yang merasakan tidak mengapa jika tak menutup aurāt, yang penting hati mereka baik. Jika kita ke kedai buah, mana yang kita akan pilih, buah yang luarnya baik atau yang sudah dipenuhi lebām dan busuk? Apabila pilih yang luarnya baik, ada kemungkinan isinya segar atau rosāk, tetapi luar yang burūk sudah pasti isinya juga telah rosāk.
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal dagīng, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia burūk maka burūklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).”- (HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
HATI-HATI DENGAN APA YANG DIBERI, BIMBANG IA MUSIBĀH YANG TERSEMBUNYI
Tuan Puan,
Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasīq iaitu berterusan melakukan maksīāt yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah سبحانه و تعالى memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan māksīat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istīdraj dari Allah سبحانه و تعالى.” – (HR Ahmad, hadis Hasan)
Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemāksīatan yang dilakukan dan tidak disegerakan āzāb ke atasnya. Allah سبحانه و تعالى berfirman:
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebīnāsaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” – (Surah al-Qalam: 44)
Syeikh Ibnu ‘Athoillah al-Sakandari pernah menyatakan di dalam kitab Hikam:
خَفْ مِنْ وُجُودِ إِحْسَانِهِ إِلَيْكَ، وَدَوَامِ إِسَاءَتِكَ مَعَهُ أَن يَكُونَ ذَلِكَ إِسْتِدْرَاجًا لَكَ
Maksudnya: “Hendaklah kamu berasa takut jika kamu terus memperoleh kurniaan Allah سبحانه و تعالى sedangkan kamu masih berterusan melakukan maksīāt kepada-Nya. Ini kerana, ia boleh jadi satu istīdraj.”
Allah berhak memberi apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan termasuk yang mensyīrīkkan-Nya dan bermaksīāt kepada-Nya. Namun perbezaan besar adalah sama ada apa yang diberi itu dengan kasih sayang atau murka-Nya.
Alhamdulillah, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah? Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin burūk? Allahu Akbar.
BUKAN BUAT KERJA TUHAN TAPI JANGAN PULA PERKECILKAN PERINTAH TUHAN
Jangan salah faham, orang yang menegur bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam. Saya percaya ramai yang bimbangkan keadaan masyarakat dan generasi anak-anak kita yang mudah sekali dirosākkan minda dan akhlak mereka oleh segelintir selebrītī, īnfluencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermorāl di media sosial.
Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggāān atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegāh kemungkārān. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ رَأَىْ مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
Maksudnya: “Siapa yang melihat kemungkārān maka ubahlah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.” – (HR Muslim, hadis sahih)
Menutup aurāt bukan ertinya berlagak suci, juga yang berhujah dengan ayat “kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut āib orang secara terbuka dll.”
SEMUA AYAT ITU HANYA HUJAH AKAL UNTUK HALALKAN DOSĀ SECARA TERBUKA.
Bila ada yang menegur, bukan bermaksud nak ME-NERĀKĀ-KAN sesiapa, tetapi Allah dan RasulNya sendiri telah memberitakan ciri-ciri mereka, apa yang Nabi صلى الله عليه وسلم sebut lebih 1400 tahun lepas telah terbukti satu demi satu.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا.
Maksudnya: “Dua golongan daripada penghuni nerākā yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemetī seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia dengannya dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelānjāng (memakai pakaian tetapi menampakkan bentuk badan), yang cenderung kepada perbuatan maksīāt dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (atau apa sahaja daya tarikan supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghīdu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu dari jarak perjalanan tertentu.” – (HR Muslim, hadis sahih)
Sekarang mari kita semak dengan jujur, adakah kita termasuk golongan yang disebutkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di atas, atau adakah kita nak marahkan Baginda?”.
Asma’ binti Abu Bakar pernah memakai pakaian yang agak nipis ketika perintah menutup aurāt masih dalam proses secara beransur, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم terus menegur dan beliau terus ubah tanpa bantah dan beralasan, bahkan ketika turunnya ayat tentang hijab (tudung), terus para wanita ketika itu mencari dan mengambil apa sahaja kain yang ada untuk menutup TANPA BERTANGGUH.
WALAU MĀTI, BIMBANG DOSĀ TIDAK BERHENTI
Pernahkah terfikir bagaimana jika suatu hari nanti dipanggil bertemuNya, saat jasad sudah masuk ke liang lahād, namun dosā masih berjalan kerana gambar atau video mendedahkan aurāt masih kekal berada di media sosial?. Nauzubillahīmīnzālik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri, bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mātī.
Kita tidak pernah tahu bilakah detik kemātīan akan kunjung tiba, namun yakinlah setiap hela nafas yang Allah masih pinjamkan buat kita saban hari, itulah peluang berharga untuk kembali kepadaNya. Balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati setiap perintah dan meninggalkan laranganNya.
Ingatlah setiap rupa, kekayaan, kemasyhuran, pengaruh, keuntungan, pujian manusia dan bakat yang ada pada diri kita menjadi anugerah dan ibadah jika dimanfaatkan ke arah yang baik, namun apabila digunakan ke jalan bercampur maksīāt, ia adalah satu musibāh!
Penulisan ini lahir daripada rasa kasih sayang dan hormat kepada semua, atas dasar saudara se-Islam juga tegurān ini dibuat. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesātān sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.” – (Surah Ali Imran 3: 8 )
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ustazah Asma’ Harun