Sardin Masak Lemak Cili Api, Sedap Rupanya Masak Sardin Macam Ni!

Biasanya sardin ni kita masak biasa kan, apa kata cuba masak lemak cili api pulak. Memang sedap, anda kena cuba resepi ni.

Nak menyediakannya juga cukup mudah sahaja. Mari ikuti perkongsian resepi oleh Shazwanie Shahrin di bawah ini.

BACA JUGA : Petua Masak Sardin Tak Meletup, Masukkan Sesudu Bahan Ni. Confrim Tak Meletup!

RESEPI MASAK LEMAK CILI API

Korang pernah makan tak Sardin Masak Lemak Cili Api tak? Bukan ikan sardin fresh tu tau, tapi pakai ikan sardin dalam tin tu.

Masa Wanie kecik-kecik, nenek Wanie selalu masak lauk ni tau. Sedappp sangat
Ok, kalau nak resepi dia ni Wanie share kannn.

Boleh la try buat ye. Kot kot la korang dah buntu tak tau nak masak apa dah. Asyik sambal sardin je kan. Meh try masak lemak cili api sardin ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin besar Sardin Ayam Brand
  • 11 biji Cili Api/padi (nak pedas tambah sendiri)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 5 biji Bawang merah
  • 2-3 keping asam keping
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 2 batang Serai (tak nak pun takpe resipi asal takde serai pun)
  • Santan (sebijik kelapa @ agak-agak jgn cair sgt)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk kunyit dengan garam, bila dah lumat masukkan cili api dan tumbuk lagi sampai lumat. Kemudian masukkan bawang merah tumbuk lagi sampai lumat. Kalau malas dan nak cepat korang blendkan sahaja.

2. Seterusnya asingkan sos sardin dengan ikan sardin.

3. Masukkan sos sardin, bahan yang dah tumbuk @ blend tadi bersama santan. Masukkan kentang sekali dan masak dengan api sederhana.

4. Bila kentang dah empuk masukkan ikan sardin dan asam keping. Boleh la rasa sendiri. Jika tidak cukup boleh tambah garam secukup rasa.

Siap! Makan ngan nasi panas, telur dadar dan kangkung belacan perghhh terangkat. Tambah berpinggan-pinggan. Selamat mencuba!

Sardin Masak Lemak Cili Api

Sumber/Foto : Shazwanie Shahrin

Related articles