Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Ni Kalau Buat Ratah, Sekejap Je Licin!

Sambal tomato ikan bilis goreng. haaa terliurrr takk? Mabelesss, mantoppp. Buat ratah pun sedap, makan dengan nasi atau pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.

Boleh buat banyak jika nak, simpan dalam peti ais. Bila nak makan, cedok sedikit dan panaskan sekejap. Dah boleh terus di makan.

BACA JUGA : Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
  • 1 inci gula melaka

BAHAN TUMBUK KASAR :

  • 4 biji cili merah – potong kasar
  • 2 biji tomato – belah 8
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Sambal tomato ikan bilis goreng

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan goreng belacan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak, goreng bahan yang ditumbuk kasar sehingga pecah minyak.
    Sambal tomato ikan bilis goreng
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan bilis dan sambal belacan yang telah digoreng tadi. Gaul-gaul sekejap
    Sambal tomato ikan bilis goreng
  4. Masukkan pula gula melaka tadi sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.

Taadaa dah siap!

Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii

Sambal tomato ikan bilis goreng

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad

Related articles