Solat fardu ialah solat yang diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu menurut rukun solat yang ditentukan.
Solat fardu lima waktu sehari semalam ialah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak, amalan yang pertama sekali disoal ialah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna, maka barulah ditanyakan amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain.
RUKUN QAULI yang perlu diambil perhatian
Pembahagian rukun solat boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, salah satunya ialah Rukun QAULI. Iaitu WAJIB BACA , perbuatan tak wajib buat (jika buat dapat pahala sunat)
Habib Hassan Kaff حفظه الله menyebutkan di dalam kitab Taqrirat beliau (pada teks)
[“Rukun Qauli- dinamakan demikian kerana disyaratkan bagi orang yang solat untuk MELAFAZKANNYA (syarat 1), dengan sekiranya DENGAR BAGI DIRINYA (syarat 2) iaitu:
1-Takbiratul Ihram
2- Al-Fatihah
3- Membaca tasyahud akhir
4- Berselawat kepada baginda Nabi ﷺ di dalam tasyahud akhir
5- Memberi Salam
Jika yang pakai MASK ketika solat atau tak pakai ka, dua syarat ini mesti kena jaga untuk sahkan solat.
Saya pernah buat servey sebahagian orang tentang kefahaman rukun Qauli, rata-rata mereka ramai yang belum mengetahui syarat tersebut sehingga ada sebahagian mereka yang membaca rukun2 tersebut di dalam hati!
Dan ini akan memberi kesan tidak sah solat seseorang itu.
Moga Allah mengampuni atas segala kejahilan diri kita dan mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.
والله اعلم بالصواب
والعفو منكم
Abu Abbas Sidqi
Sumber : Muhd Shahir
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Baca, paham, amal dan sebarkan. Moga kita termasuk dalam kalangan orang yang beramal dengan hadis diatas. Amin Allahuma Aamin.