SABAR DENGAN PASANGAN
Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi رحمه الله , “Seseorang boleh diangkat darjatnya oleh Allah سبحانه و تعالى dengan bersabar dengan perkara yang tak disukainya pada pasangannya.”
Sebab Allah سبحانه و تعالى menjanjikan – “Jika kamu tak suka pada pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah سبحانه و تعالى berjanji akan berikan kebaikan yang banyak.”
Sabar dan Allah سبحانه و تعالى akan beri kebaikan yang banyak, atau jika kamu tak sabar, maka akan berlaku percēraīan.
Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan:
Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang. Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya.
Lalu ditanya padanya,
“Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu.”
Jawabnya, “Ya, dulu saya diganggū isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak. Tapi sekarang isteri saya sudah menīnggāl dunia dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya .”
Intinya – Peganglah apa yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى untuk mendahulukan ehsan berbanding adil!
Beri hak pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri, bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya.
Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita, maka kehidupan rumah tangga kita macam di syurga. Kalau tak percaya – buat wīnk emoticon
– disunting daripada Majlis Ta’lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
SILA SHARE DAN SEBARKAN
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku