Rupanya Selama Ini Kita Salah Faham Maksud ‘Silaturrahim’. Ini Maksud Sebenarnya

MENYAMBUNG tali persaudaraan sesama Muslim menjadi satu kewajipan buat setiap umat Islam.

Apabila tali kasih sayang bertaut, maka hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta persahabatan dapat dibina dengan baik.

Menyedari kepentingan serta besarnya manfaat silaturahim, maka dalam Islam seorang Muslim tidak dapat dikira sempurna imannya apabila dia tidak menghubungkan tali kasih sayang.

Dalam satu riwayat, Abu Ayyub menceritakan, seorang Arab Badwi bertanya kepada Nabi Muhammadصلى الله عليه و سلم mengenai amalan yang mendekatkan dirinya dengan syurga serta mengenai apa yang menjauhkan dirinya daripada nera-ka.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda yang bermaksud: “Engkau beribadat kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, menunaikan zakat dan menghubungkan kekeluargaan.”

Begitu pentingnya bagi kita menjaga silaturahim dalam Islam. Malah, Allah menjanjikan ganjaran besar untuk orang yang sentiasa menjaga hubungan berkenaan.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan aja’lnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, terjadi salah faham dalam kalangan masyarakat kita berkenaan maksud silaturahim. Ada orang menyangka dia aktif dalam persatuan alumni sekolah, dia rajin buat reunion dengan bekas-bekas pelajar satu kolej, satu universiti. Dia aktif dalam whatsapp group setiap pagi ucapkan salam subuh, apa khabar, doa baik.. dia baik dengan semua orang.. ohh dia telah menjaga silaturahim.

Maksud silaturahim ini bukan berkenaan dengan hubungan orang yang tiada kena mengena dengan kita.

Perkataan silaturrahim (صلة الرحم) berasal daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة” dan “الرحم”.

Sebab itu para ulama menyebut:

الرَّحِمُ: رَحِمُ المرأة (أي بيت منبت ولدها ووعاؤه) . ومنه استعير الرَّحِمُ للقرابة، لكونهم خارجين من رحم واحدة

“Al-Rahim yang dimaksudkan adalah rahim wanita iaitu tempat di mana ja-nin berkembang dan terlindung (dalam perut wanita). Dan istilah al-rahim digunakan untuk menyebut kaum kerabat kerana mereka berasal dari satu rahim.”

Jadi yang dimaksudkan dengan menjaga silaturrahim itu adalah menjaga hubungan dengan mak ayah, adik-beradik, mak sedara, pak sedara.. itu namanya silaturrahim.

Yang tuan-tuan kayuh basikal setiap hari ahad silakan lah, tapi janganlah rumah mak ayah jarang balik, adik beradik tak bertegur. Mak sedara tak berziarah. Group whatsapp family saudara mara tak reply.. jangalah begitu. Bila kawan-kawan bagai nak rak jaganya. Berhabis duit pun takpe. Tapi dengan adik beradik jadi pelik.. ishh.. ada orang pesyen (perangai) begitu.

‘Jangan, silaturrahim ni wajib dijaga ..’ tegas Ustaz Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin dan tahukah kita kedudukan mak sedara kedudukannya sangat tinggi?

Para pembaca boleh tonton video dibawah ini mengenai ‘Salah Faham Masyarakat Terhadap Maksud Silaturrahim’

Tambahan :

Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut: Al-Rahim (الرحم) secara umum adalah dimaksudkan kepada kaum kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis keturunan (nasab), sama ada berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak. Menurut pendapat lain, mereka adalah daripada mahram (kerabat dekat yang ha-ram dinikahi) sahaja. Pendapat pertama lebih kuat kerana menurut batasan kedua, anak-anak saudara dan anak-anak ibu saudara bukan kerabat yang dekat kerana tidak termasuk yang ha-ram dinikahi, sedangkan ia tidaklah sedemikian.

Bagu menutup perbincangan ini dengan sebuah hadis Nabi صلى الله عليه و سلم ketika Baginda sampai ke kota Madinah dengan bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” Riwayat Ibnu Majah (3251)

Semoga Allah سبحانه و تعالى mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya termasuklah menyambung silaturrahim dengan sebaiknya. Amin.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan Oleh : abunur@vmk

Related articles