Rupanya Ini Rahsia Sotong Celup Tepung Jadi Lebih Rangup Dan Tak Hancur

Sotong celup tepung antara menu yang sangat digemari dimakan, memang enak namun ramai yang hampa ketika memyediakan sendiri kerana hasilnya tidak menjadi seperti yang diidamkan sehinggakan petua atau rahsia gorengan yang elok dimana tepung melekat dengan sotong sering menjadi tanda-tanya, sehingga ada yang menyangka penyediaanya menggunakan tepung khas.

Sebenarnya tiada bahan atau tepung khusus untuk menyediakannya, resepinya mudah sahaja. Apa yang penting, anda cuma perlu tahu teknik yang betul ketika masak.

Jika anda ikut resepi menerusi perkongsian menarik daripada Meens Yusoff ini betul-betul, InsyaAllah anda akan berjaya membuat sotong goreng tepung yang enak. Sotong celup tepung ini rangup di luar namun lembut di dalam.

Jom kita cuba!

SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah sy bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong
  • Tepung bestari
  • 1 biji telur
  • Tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras)
    Air

CARA-CARA:

  1. Sotong dipotong-potong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.

2.  Kemudian, perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.

3. Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul bagi sebati.

4. Sediakan tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras) di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh saja jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.

5. Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.

6. Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan!

7. Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

HASILNYA

Inilah hasilnya, sotong celup tepung rangup diluar lembut di dalam gaiss.. Selamat mencuba

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit: Meens Yusoff via Rencah Rasa

Related articles