Santan merupakan antara bahan asas dalam sesuatu masakan. Daripada jenis masakan berlauk, kuih muih hinggalah ke jenis minuman. Jika anda perasan ada pelbagai jenis santan dipasaran. Daripada santan segar, kotak hinggalah ke santan serbuk.
Sebenarnya jenis santan-santan ini mempunyai rasa dan cara guna santan yang berbeza dalam masakan.
Ini yang dikongsikan oleh Puan Ummi Syuhadah mengenai jenis-jenis santan dan juga kegunaanya dalam masakan.
Mari kita ikuti perkongsinya ini.
SANTAN.
TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.

SANTAN KARA PEKAT
1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sbb tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak dan berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.

2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu degan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul degan pulut dan bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.

SANTAN FRESH
4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dlm 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.

5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.

6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

SANTAN SERBUK
7. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai .Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik-kecik. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam kat pulut.
11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.

12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya
Setakat ni dulu perkongsian saya. Baca juga caption kat gambar ye. Kalau sapa-sapa nak bagi tips tambahan silakan nanti saya edit.
Disclaimer :
Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai-otai, chef-chef dan tukang-tukang masak yang mahir ye.. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je.. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja Ummi Syuhada
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : Viral Malaysiaku
Sumber : Ummi Syuhada via Keluarga