Buko Pandan antara hidangan pencuci mulut dari Filipina ini semakin dikenali dan menjadi pilihan ramai. Antara bahan asas nya iaitu santan dan ia membuatkan hidangan bertambah lemak berkrim.
Dapat makan sejuk-sejuk memang sedap. Rugi betul kalau tak try.
Selain sedap Buko Pandan ini juga boleh tahan selama 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Bila teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk. Nak buatnya pula cukup mudah. Ikuti sahaja perkongsian resepi oleh Rara Zabidin ini.
Mari kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Terbang Khas Dari Filipina, Mangga Cheese Ice Cream Ini Mampu Buat Anda Terliur
RESEPI DELICIOUS BUKO PANDAN
Dah lama cikra nak buat dessert Buko Pandan yang famous dekat Filipino ni tapi disebabkan harini terperuk jer kat rumah, maka terhasil lah Delicious Buko Pandan.
BAHAN – UNTUK KUAH
- Susu sejat 1 tin
- Susu pekat 1 tin
- Santan kotak 1 kotak
- Air kelapa muda 1 cawan *optional nak letak atau tak nak
- Secubit garam halus
*Satukan semua ni, kacau rata.
BAHAN KERING
- Agar-agar kering 1 paket
- Pewarna hijau
- Daun pandan 1 simpul
- Gula 2 sudu besar.
*Masak agar-agar dengan bahan-bahan di atas. Sejukkan dan potong ikut suka.
- Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)
- Sagu (masak sagu sehingga jernih, sejukkan)
- Jagung kernel 1 tin (optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim tau)
- Cumi/Nata de coco (optional)
CARA PENYEDIAAN :
Satukan bahan kering dengan kuah. Simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk memang sedap.
Siap! Enak dinikmati ketika cuaca panas.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Sumber/Foto : Rara Zabidin
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku