Menu hidangan sarapan pagi kadang nak makan simple-simple jer kan. Jadi antara menu simple yang boleh anda buat ialah Roti Telur Cheese Bakar ini. Dengan hanya gunakan roti, telur, dan juga cheese ternyata boleh menghasilkan menu ringkas yang cukup mengenyangkan.
Yang ‘feveret’ cheese mesti tahu resipi ini. Kadang-kadang bosan juga asyik makan roti bakar salut coklat atau kaya. Kita buat kelainan sikit dan yang penting kenyang!
Macam mana nak buat? Ikut sahaha resepi perkongisan Nor Hartini Hashim ni. Mudah, sedap, ringkas dan kenyang. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Roti Sardine Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak & Rangup Bila Dikunyah!
ROTI TELUR CHEESE BAKAR
Asyik buat roti celup telur je kan. Kali ni sis ubah selera sikit. Kita try Portuguese toast ala Harrod’s bread pula. Katanya la.. sis tak pernah pi beli pun.
Tapi macam biasa la sis suka derhaka resepi orang. Resepi asal tak ada telur n esen vanila.. Saje suka menambah ikut selera sendiri. Almaklumlah sis baru je dapat beli telur. Penangan dah 3 minggu tak nampak telur kat kedai… (rasa macam nampak emas je.. bersinar-sinar mata sis)
BAHAN A :
- Roti buku
BAHAN B :
- Susu Fresh 200ml
- 2sdb brown sugar
- 2sdb butter
- 4 keping cheddar cheese
- 2 biji telur
- 1sdk esen vanila
CARA PENYEDIAAN :
1. Satukan ke semua Bahan B. Kacau di atas pan dengan api yang sederhana.
2. Kacau sehingga agak pekat. Dah siap, angkat dan ketepikan.
3. Letakkan bahan B yang sudah dimasak tadi ke atas roti.
4. Kemudian bakar dalam oven kira-kira 10 minit dengan api atas bawah.
5. Selepas itu, 10 minit lagi hanya bakar menggunakan api atas sahaja.
6. Siap dan boleh dihidang.
Sumber/Foto : Nor Hartini Hashim
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku