Resipi Tanpa Bakar Biskut Raya Choco Rich Ball Ni Memang Sedap. Kaya Dengan Rasa Dark Chocolate!

Resepi yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap ja hampa habis ni kalau buat untuk anak anak. Resepi ni takde inspired by. Memang hasil cipta dari saya sendiri. JOM BUAT!

RESEPI TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL by Mr.Ali

Satu adunan dapat lebih kurang 60 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.

ADVERTISEMENT

BAHAN – BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Butter : 250 gram
  • Chocolate compound ( Dark Chocolate): 325 gram
  • Serbuk koko : 120 gram
  • Susu Pekat : 100 gram
  • Biskut Marie : 300 gram
  • Mini cookies paper cup macam dalam gambar

BAHAN – BAHAGIAN TOPPING

  • Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
  • 4 sudu kecil minyak masak

CARA-CARA PENYEDIAAN

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.

Kalau double boil. Masukan sekali butter & chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Dh cair butter dan cholate tu, masukan bahan lain tadi kacau sebati.

2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.

ADVERTISEMENT

3. Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.

4. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sebab dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.

ADVERTISEMENT

5. Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.

6. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

9. Setkan ke dalam peti selama 10 minit.

BAHAGIAN TOPPING

1. Cairkan 500 gram dark chocolate.

2. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.

4. Hias ikut kreativiti anda.

5. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. ( Tak perlu letak dalam peti ais)

6.  Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap. Serius tak tipu.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles