Menu sotong rebus serai ini sangat sesuai untuk anda yang suka masak sesuatu yang mudah, cepat dan sedap. Jika anda ingin cuba buat anda ikut je resipi perkongsian oleh saudara Syahr Musafir di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya Dan Berbau Hanyir
RESEPI CARA BUAT SOTONG REBUS SERAI @ SINGGANG SOTONG
Saya masak sotong rebus serai, di Kelantan ni kami panggil begini. Ada orang panggil masakan sotong ketuk/katok serai, ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. Saya tak kisah nama apa, yang penting mudah dan sedap. Macam rugi masa je berdebat pasal nama.
Saya kongsi resepi versi saya di gambar-gambar ye. Siap masak ni, terus makan. Sedap.
BAHAN-BAHAN:
- Sotong
- 2-3 batang serai | dititik/diketuk
- 2-3 bawang merah besar | dihiris
- 4-5 ulas bawang putih | dihiris
- 3 asam keping
- 2 cili hijau besar
- 2 cili merah
CARA-CARA:
1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
2. Apabila mendidih, masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Biarkan ia mendidih.
3. Apabila mendidih, saya terus matikan api. Nampak sotong sudah pun masak. Tak nak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.
4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Tapi saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam bersama bayam praksi.
5. Masakan sotong rebus serai ni sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.
6. Hidangkan bersama ulaman dan lauk lain. Untuk hidangan saya, ada budu bersama mangga, perahan limau dan cili. Letakkan sekali tempoyak atau durian.
Sumber/Foto : Syahr Musafir
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku