Resipi Simple Sedap Terangkat, Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis. Padu Habis!

Selain sambal ikan bilis ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba terutamanya bagi mereka yang menggemari sajian pedas bercili. Antara hidangan berlado kentang ikan bilis perkongsian NurulAin Alaui ini .

Gadingan sambal, kentang dan ikan bilis pasti menambat selera anda. Cukup makan bersama nasi panas, pastinya terangkat. Bagi anda yang ini mencuba boleh ikuti perkongsian resepi ini di bawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Ikan Bilis Rangup Krup Krup. Rasa Pedas, Masam Manis. Nikmat!

RESEPI BERLADO KENTANG BERSAMA IKAN BILIS

Berlado Kentang dengan ikan bilis. Hujan-hujan ni memang lapar sokmo. Makan dengan nasi panas pun Dah cukup terangkat ni…

BAHAN-BAHAN :

  • Kentang
  • Ikan Bilis
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili api merah*
  • Cili api hijau*
  • Limau kasturi (option)
  • Garam, gula, aji

CARA-CARA MEMASAK :

1. Kupas dan bersihkan kentang. potong bulat-bulat tak nipis tak tebal sangat.

2. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

4. Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili api merah, cili api hijau.

4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.

5. Masukkan garam, gula sikitt je, aji, perah asam limau. Sape-sape tak suka limau, tak perlu letak ok. Saya suka sebab nanti aroma dia wangi. Kacau seketika.

6. Bila sambal dah garing, boleh la masukkan kentang dan ikan bilis yang kita dah siap goreng awal-awal tadi. Gaulkan rata dan tutup api.

Berlado kentang bersama ikan bilis siap untul dihidang dan dinikmati. Selamat mencuba!

Jika ada pahala di setiap resepi ni, saya sedekahkan buat arwah abah sy Hj Alaui Bin Nor. Abah lah yang ajar saya buat masakan berlada ni. Ikan berlada abah memang tersangat sedap. Tak dek sape boleh lawan. Al Fatihah untuk abah.

Sumber/Foto : NurulAin Alaui

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles