Resipi Puding Tembikai Yang Sedap, Mudah & Sesuai Untuk Jamuan. Cantik Kejadiannya!

Nampak menarik dan sedap betul puding tembikai perkongsian Mas Cotek ini. Bahan-bahannya sangat ringkas malah sangat mudah untuk dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan, Gerenti Menjadi

PUDING TEMBIKAI (OLEH MAS COTEK)

BAHAN A :

  • 1 paket serbuk agar² (10gm)
  • 4 cwn air

BAHAN B (diblend)

  • 3 keping roti putih gardenia
  • 1 biji telur
  • 1/4 cwn gula
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb mentega/margerin
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
  • 1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand

**takut lupa warna apa opah guna, taip siap-siap kat sini

BAHAN LAIN (biji-biji tembikai)

  • cincau
  • bijan hitam
  • selasih
  • coklat chip
  • coklat rice
  • terpulang nak masukkan ye

CARANYA

1. Masak bahan A sehingga larut

2. Perlahankan api

3. Masukkan pula bahan blend dan kacau sebati dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap.

4. Tutup api

5. Ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau dan tuang ke dalam loyang/sejukkan. (untuk loyang 8×8)

6. Cakar dgn garpu permukaan puding

7. Ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan

8. Cakar juga permukaan puding

9. Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)

10. Tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan

Siap/sedia dihidangkan

Jika menggunakan loyang 3 segi, turutan puding adalah warna merah, warna asal dan diakhiri dengan warna hijau. Ikut langkah yang sama seperti diatas.

**disini ada kesilapan sedikit
lapisan tengah opah tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau.. Opah dh silap tuang.. hijau tebal baru cantik. Bagi mata opah le. Kome pandai-pandai lah ye. Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles