Resipi Puding Biskut Marie Kurang Manis, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk

Cuaca panas-panas dapat makan makanan yang sejuk macam Puding Biskut Marie ni memang nikmat. Jom kita buat pencuci mulut yang sedap dan sejuk ditekak ni.

Puding Biskut Marie ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk.

BACA JUGA : Resepi Puding Laici Ni Memang Sedap. Puding Popular Dalam Kalangan Mak-Mak Zaman 90-an!

PUDING BISKUT MARIE KURANG MANIS

Puding Biskut Marie

BAHAN-BAHAN :

  • Loyang saiz 8 inci

BAHAN LAPISAN PERTAMA (COKLAT)

  • 12g agar-agar tali
  • 4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair)
  • 1 sudu makan butter. Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh.
  • 7 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 5 sudu makan milo
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan dark chocolate
  • 3/4 cawan gula (190 gram gula)

BAHAN LAPISAN KEDUA (PUTIH) :

  • 6 gram agar agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan gula (80 gram gula)
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA:

LAPISAN PERTAMA (COKLAT)

1. Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi.

2. Kemudian baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.

3. Bila dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.

4. Bila dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.

5. Selepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream (kalau takde gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati.

6. Masukkan 1 sudu makan butter.

7. Gaul sebati biar sehinga jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.

8. Bila dah mendidih, masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api perlahan. Dah sebati, terus matikan api.

9. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.

10. Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie.

Puding Biskut Marie

Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.

11. Masukkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.

12. Ada 2 lapis sahaja lapisan biskut marie. Biarkan dalam peti sementara buat lapisan putih.

LAPISAN KEDUA (PUTIH) :

1. Letakkan 2 cawan air + 6 gram agar agar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.

2. Kacau sebati & biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.

3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.

4. Tuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.

5. Regangkan dari loyang dan terbalikkan atas board.

Puding Biskut Marie

Puding Biskut Marie

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

Related articles