Resipi Lempeng Kelapa Legend. Simple Tapi Sedap Hasilnya, Teringat Pula Dekat Emak!

Lempeng kelapa antara hidangan ringkas yang sedap yang dimakan. Dihidangkan pada waktu pagi untuk sarapan atau santapan malam.

Hidangan ini sangat sedap dimakan ketika ia masih panas dan bertambah sedap jika di hidangakan bersama sambal bilis, sambal sotong kembang, kari dan lain-lain.

Teringin nak makan lempeng kelapa? Jom buat, ikut sahaja resepi Salwani Ibrahim ini. Mudah ringkas dan sedap.

ADVERTISEMENT

Mari kita ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Petua & Cara Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap Serta Tidak Liat!

LEMPENG KELAPA SAMBAL BILIS

Atas permintaan sahabat-sahabat, saya lampirkan resepi cara saya untuk semua.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Setengah biji kelapa parut (Kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
  • 3 cwn tepung gandum (saya guna cap ros)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar marjerin yang di cairkan
  • air suam

CARA-CARA PENYEDIAAN & MEMASAK :

1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Air suam tu agak-agak sahaja seperti bancuhan tepung goreng pisang.

2. Panaskan kuali non-stick tanpa minyak. Sebab dalam adunan dah ada marjerin

ADVERTISEMENT

3. Sendukkan adunan lempeng kedalam kuali non-stick, ratakan dan balik-balikkan sehingga masak.

4. Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Salwani Ibrahim

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles