Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain

Pernah makan laksa tin sardin? Jika anda peminat laksa anda boleh cuba, buat sendiri je sebab caranya mudah dan ringkas.

Resepi Laksa Sardin Tin telah dikongsi oleh Noratiqah Nordin, resepi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja yang tiada masa tapi ingin masak untuk family boleh try resepi laksa sardin tin ni, ringkas dan lebih menjimatkan masa.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Asam Laksa Original (Versi Cina) Ni Memang Sedap. Aroma Baunya Menggoda Selera!

RESEPI LAKSA SARDIN TIN

Sedap dia kalah kedai kopitiam lain. Ni orang KL yang buat. Sebenarnye dah lama sangat teringin laksa sardin tin. Pastu viral lak pasal laksa. Haaa terus rajin pulak nak memasaknye. Silap-silap boleh buka kedai laksa versi kopitiam.

BAHAN-BAHAN KUAH

  • 2 tin sardin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 ketul kiub ikan bilis
  • 2 senduk cili kering yang d blend
  • 2 bunga kantan
  • 3 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping yang besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar bawang merah, bawang putih, 1 tin sardin besar, tin sardin kecil hancur kasar saja.

2. Dah siap kisar, masukkan ke dalam periuk.

3. Masukkan cili kisar 3 senduk. Kacau rata.

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang diigini.

5. Masukkan sardin hancur kasar.

6. Letakkan 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi rasanya lemak-lemak ikan.

7. Masukkan daun kesum.

8. Masukkan bunga kantan

9. Masukkan asam keping.

10. Perasakan dengan garam dan gula.

11. Masak sehingga mendidih dan cukup masak.

12. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Noratiqah Nordin via MyResipi

Related articles