Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan

Kentang putar atau mashed potato antara menu yang diminati ramai orang, Rasanya yang lazat dan lemak memang membangkitkan selera ketika dimakan bersama-sama ayam goreng bagi penggemarnya.

Ayam goreng ala KFC ramai yang reti buat, jadi apa kata buat sekali dengan mashed potato ni, barulah complete.

Resipi perkongsian ciklyn ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Sekali sekala buat untuk ahli keluarga pasti menyeronokkan.

Jom cuba buat, nampak sedap betul!

CARA MASAK KENTANG PUTAR @ MASH POTATO

Tak susah nak buat mashed potato sendiri kat rumah.. Ala-ala beli kat kepci gitu..
Ni kalau jual singgit 1 pun laku dekat budak sekolah.. Daripada duk beli jajan merapu tu kan.. Inspirasi untuk siapa nak niaga.

BAHAN KENTANG PUTAR:

  • 8 biji ubi kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2-3 sudu makan mentega
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.

2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga menenggelamkan kentang.

3. Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.

4. Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.

5. Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.

6. Tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.

7. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.

8. Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan menjadi halus)

BAHAN SOS (GRAVY):

  • 1 biji bawang besar – dadu
  • 2 ulas bawang putih – dadu
  • 4 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum@ jagung
  • 2 kiub pati ayam
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
  • 2 1/2 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan.

2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.

4. Tuangkan kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana.

5. Masukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukupnya.

6. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan.

7. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul.

7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.

HASILNYA

Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Rabi via Rasa

Related articles