Cucur ayam crispy ni hanya guna 5 bahan saja utama. Senang cepat mudah sedap lazat menjilat jari.
Resepi ni cik dayang bagi step by step kat gambar nah. Kalau rajin buleh terus buat. Kalau tak bopa nak rajin hampa share dulu nanti-nanti pon buleh buat.
BACA JUGA : Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Bertambah Sedap Rasanya!
ADVERTISEMENT
CUCUR AYAM CRISPY
Hampa tengok la. Crunchy kat luaq. Juicy kat dalam. Anak-anak takmau makan nasi pon buleh laju makan cucoq ni.
BAHAN-BAHAN
- 200g isi ayam
- 1senduk nasi
- 1/2batang carrot
- 2 tangkai daun sup
- 1 biji bawang merah
CARA-CARA
- Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.
- Kemudian masukkan carrot, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengam garam, gula mengikut citarasa masing-masing.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. (Jemputkan mengikut saiz kesukaan. Guna camca buleh tangan buleh)
SIAP
Persembahkan cucoq ayam tak cukup sepinggan.
ADVERTISEMENT
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Cik Dayang Zuhaila
ADVERTISEMENT