Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja ya

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

SAPA DAH CUBA PLEASE BAGI BOND SKEETTTT…

Mudahkan!  Selamat mencuba kepada semua.

Jika ada suka artikel perkongsian ini, jangan lupa share kepada rakan-rakan anda ok..

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di olah oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Myra Chaqkey

Related articles