Kuih Tepung Bungkus adalah kuih tradisi peninggalan orang dulu-dulu yang sedap kepada generasi ke generasi yang tidak perah ditelan zaman.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar mungkin agak sukar untuk mendapatkan kuih tepung bungkus ini. Jika ada mungkin waktu di bulan Ramadhan.
Jika anda ingin merasai sendiri keenakkan dan kesedapan kuih tepung bungkus ini ada boleh buatnya sendiri dirumah. Cara penyediaanya pun ringkas sahaja. Anda boleh rasai sendiri kuih yang ada rasa kampung. Resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini antara yang terbaik.
Mari ikuti perkongsian perkongsian resepi dibawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kuih Tako Sagu Yang Sedap. Ikut Resepi Opah, InsyaAllah Menjadi & Puas Hati!
RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
Tepung Bungkus salah satu kuih favourite opah. Mesti buat tiap kali ramadhan. Inti pulak mesti dibalut dengan tepung pulut. perghhh…
Ok dah siap, macam biasa le. Dah siap awal boleh le opah lunjor-lunjorkan kaki… ateeeeeeee. Resepinya di bawah ye..
Tepung Bungkus (oleh Mas cotek)
BAHAN TEPUNG BERAS (BADAN LUARNYA) :
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
BAHAN DOH TEPUNG PULUT :
- 1 1/2 cwn tepung pulut
- Air secukupnya
BAHAN INTI :
- 3 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
- 2 helai daun pandan disimpul
- Daun Pisang Secukupnya dilayur
CARA BUAT INTI :
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan
2. Masukkan kelapa parut
3. Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum
4. Dengan api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab-lembab sedikit
5. Angkat kemudian sejukkan
CARA-CARANYA :
1. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh
2. Ambil sedikit doh masukkan inti (bentukkan/bulat-bulatkan) opah lonjongkan doh inti tu.. dah terbiasa.
buat sehingga habis/ketepikan
3. Tepung beras, santan dan garam satukan kemudian masak sehingga pekat dan meruap. Tutup api.
4. Sediakan daun pisang, ambil 1~2 sdb adunan tepung beras ratakan kemudian masukkan doh berisi inti tadi
5. Bungkus dan kemaskan
6. Kukus 15 ~20minit
7. Sejukkan dan sedia dihidangkan
Ngam-ngam sukatan ni untuk 30 biji. Selamat Mencuba
Sumber/Foto : Mas Cotek
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku