Resepi Telur Berlada Ala Khairul Aming, Simple Tapi Naik Selera Dibuatnya!

Bila takda idea nak masak apa atau bahan dapur pun terhad, jadi menu simple seperti telur berlada antara hidangan ringkas yang boleh anda cuba.

Bukan sahaja mudah disedikan namun ianya satu hidangan dapat membuka selera sesiapa sahaja. Hidangan ringkas ini jika dimakan dengan nasi panas-panas boleh tambah nasi dibuatnya.

BAJA JUGA : Cara Buat Telur Air Asam, Lauk Simple Tapi Sedap. Telur Pula Masak Cara Ni Lagi Ngam Rasanya!

RESIPI TELUR BERLADA ALA KHAIRUL AMING

Ramai minta resepi saya kongsi ya. Saya cuma copy resepi khairulaming tapi sebab takde sambal nyet saya olah resepi sambal sendiri.

Telur Berlada Ala Khairul Aming

BAHAN-BAHAN :

  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • Satu biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
  • Sebiji tomato

CARA MEMASAK

  1. Pada yang suka extra pedas boleh tambah bilangan cili.
  2. Rebus semua bahan kat atas bila dah layu toskan kemudian boleh blend/tumbuk kasar sahaja.
  3. Lepas tu tumis dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa.
  4. Tumis bawang besar yang dihiris nipis.
  5. Pecahkan telo kemudian renjis kicap manis.
  6. Last skali letak sambal yang kita buat tadi tutup api dan boleh perah limau.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Aini

Related articles