Resepi Sup Telur Chinese Style Ala Hotel, Hirup Panas- Panas Memang Layan Beb!

Musim-musim hujan ni sedap kalau makan sup panas-panas. Sangat sesuai dihidangkan kepada ahli keluarga untuk menghangatkan badan. Ia juga sesuai dimakan untuk orang yang hilang selera dan demam.

Antara hidangan sup yang boleh disediakan adalah sup telur chinese style ini. Satu hidangan yang ringkas dan mudah disediakan.

Jika anda belum pernah rasa anda boleh mencuba membuatnya sendiri. Cara membuat dan bahannya memang mudah. Memang berbaloi buat di rumah. Mari kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan oleh Zurina Zulkefli ini yang kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.

RESEPI SUP TELUR CHINESE STYLE

Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.

RESEPI : BAHAN UTAMA

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  • Kiub pati ayam (tiada MSG)
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam (dibancuh)
  • Tepung jagung (dibancuh)

CARA MEMASAK :

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.


3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

Makan bersama daun bawang dan sedikit minyak bijan.

Selamat mencuba.
Zurina Zulkefli , Melaka.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Zurina Zulkefli 

Related articles