Resepi Sup Ikan Merah Yang Ringkas Dan Sedap, Ikan Tak Hancur Ikut Resepi Ini

Antara hidangan yang berkhasiat dan lazat yang boleh dinikati ialah sup ikan merah. Maka tidak hairan hidangan ini sangat digemari ramai.

Selain ikan merah, banyak ikan yang sesuai dimasak sup terutamanya yang banyak isinya.

Selain sesuai dijadikan santapan seisi keluarga, sup ini juga sangat sesuai disediakan untuk mereka yang sedang demam dan selsema. ia dapat membantu melegakan demam dan selsema.

Maka tidak hairan ikan merah ini mendapat permintaan yang tinggi kerana khasiatnya.

BACA JUGA : Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

Nak masak sup ikan merah yang sedap dan ringkas ada caranya. Dah tahu cara memang senang nak menyediakannya. Mari ikuti resepi perkongisan farah Aziz di bawah ini. Dah cuba nanti pasti naik selera di buatnya, tambah pula makan dengan nasi panas-panas.

RESEPI SUP IKAN MERAH

Oleh: Farah Aziz

sup ikan merah

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor Ikan Merah
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 inci halia – hiris kasar
  • 1 rempah sup ikan adabi
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 batang karot – hiris besar
  • Tomato – dipotong dadu
  • Garam – secukup rasa
  • Daun ketumbar
  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama rempah sup ikan Adabi sehingga naik bau.

Sup Ikan Merah

2. Masukkan ubi kentang dan karot. Masak hingga lembut. Kemudian baru masukkan ikan merah.

3. Masukkan daun ketumbar, tomato, daun bawang dan garam secukup rasa.

4. Sebelum angkat taburkan dengan bawang goreng. Siap!

Makan sup ikan Merah dengan nasi panas-panas. Memang berselera.. Selamat mencuba!

Related articles