Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Rangup & Tidak Makan Minyak!

Bagi penggemar makanan seafood, sotong goreng tepung antara menu hidangan yang sangat digemari. Selain dibeli dikedai anda juga boleh masak sendiri dirumah.

Jika anda takut adunan tepung tidak melekat pada sotong atau sotong meletup-letup ketika memasak, anda boleh ikuti resepi perkongisan Nurul Faidha ini. Hasilnya sotong goreng tepung sempurna salutannya selain rangup dan enak.

Katanya, resipi beliau itu menghasilkan gorengan yang tidak meletup, tidak makan minyak serta elok kejadiannya. Mari ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup & Berlemak. Tambahkan Bahan Ini Ketika Menggoreng!

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG TAK LARI , RANGUP & TIDAK MAKAN MINYAK

BAHAN-BAHAN :

  • Sotong
  • 2 Biji Telur
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jangung
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 2 susu makan tepung bon chef/bestari
  • 2 sudu makan blackpaper
  • Minyak Masak

CARA-CARA MEMASAK :

1. Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Tos dan asingkan.

2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua tepung dan blackpaper dalam satu bekas. Gaul sehingga semuanya sebati. Garam saya tak letak dah sebab tepung bon chef tu pun dah cukup rasa.

3. Sediakan satu mangkuk dan pecahkan telur. Pukul telur macam nak buat telur dadar. Masukkan 2 atau 3 susu bancuhan tepung dan pukul. (Supaya bancuhan telur pekat dan salutan tepung lekat elok)

4. Masukkan sotong yang telah dipotong kedalam bancuhan telur tadi.

5. Pindahkan sotong yang telah disalutkan dengan telur ke dalam bekas campuran tepung. Golek-golekkan supaya tepung dapat menyelaputi keseluruhan sotong.

TIPS TAMBAHAN :

Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah antara rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan!

6. Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Faidha

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles