Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap Turun Temurun. Berhari-Hari Pun Tak Basi

Nasi Lemak tidak lengkap dengan sambalnya. Sambal yang sedap menjadikan hidangan Nasi Lemak terasa puas apabila dimakan.

Banyak resepi sambal Nasi Lemak yang boleh anda cuba antara resepi turun temurun yang dikongsikan oleh Nurul Shima ini.

Menurut beliau resepi sambal turun temurun keluarganya ini boleh tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.

Mari ikuti perkongisian resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Sambal Nasi Lemak ‘Style’ Hitam Pekat, Boleh Cubit-Cubit & Rasanya Ya Ampunn Sedap!

SAMBAL NASI LEMAK TURUN TEMURUN

sambal nasi lemak

BAHAN-BAHAN :

  • 3 sudu bawang merah kisar
  • 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar
  • 7 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar gula melaka yang dah dihancurkan
  • 5 sudu kecil garam
  • 7 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

1. Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.

2. Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.

3. Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu. Saya tak nak pedas sangat.

4. Masukkan 3 sudu besar gula melaka yang dah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api tu jangan besar dan jangan kecik, just nice.

5. Dah nampak sambal tu merah berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.

6. Apabila sambal dah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.

7. Setelah 20 minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.

sambal nasi lemak

InsyaAllah sambal nasi lemak cara saya ni tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik. Selamat mencuba!

p/s : jika tak suka pedas boleh guna cili macam ni. Memang sangat kurang pedasnya, pedas-pedas manja bak kata orang. Dan ada yang kata tak pedas langsung. Memang sangat sesuai untuk anak-anak. Warna sambal pun jadi warna merah cantik.

Boleh beli kat sini juga 👉🏻 Cili Gemuk Kering Tak Pedas

Sumber/Foto: Nurul Shima

Related articles