Resepi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Sedapnya Buat Nasi Bertambah-Tambah

Pernah dengar atau makan Sambal Cili Api Bunga Kantan?  Sambal ini merupakan menu atau sajian hidangan orang dulu-dulu. Sebenarnya banyak lagi resepi orang dulu-dulu yang boleh kita nikmati. Nampak ringkas, namun sambal ini biasanya akan buat nasi bertambah-tambah.

SAMBAL CILI API BUNGA KANTAN

Biasa bungan kantan ni orang buat masakan laksa, tapi perkongsian Aiza Hamdan ini lain sedikit. Beliau berkongsi resepi Sambal Cili Api Bunga Kantan.

Tak susah pun untuk membuatnya. Mengikut resepi yang dikongsikan oleh Aiza Hamdan ni, hanya perlukan 5 bahan je. Tumis dan gaul. Dah siap!

BAHAN-BAHAN :

  • Bunga Kantan (Dihiris, ikut la nak halus nak kasar – kita buat dia)
  • Ikan Bilis
  • Cili Api
  • Banwang Merah
  • Bawang Putih
  • Gula, Garam dan Perasa

CARA MEMASAK :

1. Goreng garing ikan bilis, angkat, tos dan kemudian ketepikan

2. Kisar cili api bersama bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis bahan kisar menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi hingga masak dan pecah minyak.

4. Masukkan bunga kantan yang dihiris dan gaul sehingga layu.

5. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Gaul sehingga rata.

6. Tunggu sehingga sambal sejuk barulah masukkan ikan bilis yang digoreng garing

*** ikan bilis juga boleh ditumbuk kasar atau blend dan tumis sekali bersama sambal

7. Dah siap masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas

NOTA : Sambal ini konsepnya memang dimasak kering dan rangup seperti yang kita selalu nampak orang jual sambal kering. Simpan dalam bekas, boleh tahan lama dan makan berulang kali.

Sumber/Foto : Aiza Hamdan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles