Resepi Roti Sardin Goreng Rangup, Mudah Disediakan. Sesuai Untuk Minum Petang

Roti putih atau sandwich kebiasaanya dimakan bersama jem atau kaya, namun sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti sandwich ini terutamanya jika hampir expired. Misalnya anda boleh mencuba resepi Roti Sardin Goreng Rangup oleh Cahaya Kasih Firdausi ini. Sesuai disediakan untuk minum petang. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu terutamanya anak-anak.

Namun resepi Cahaya kasih Firdausi ini berlainan sedikit. Di mana, beliau menggunakan sedikit limau untuk bagi roti sardin tu jadi lebih rangup. Juga, untuk lebih cantik beliau letakkan sedikit serbuk kunyit.

Cara penyediaanya pun mudah dan ringkas sahaja. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaanya.

ADVERTISEMENT

RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN

  • Dalam sardin potongkan:
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Gula sikit
  • Garam sikit
  • Serbuk perasa sedap maggie

CARA PENYEDIAAN :

1. Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi ia masak dan bawang layu.

2. Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk rangup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.

ADVERTISEMENT

3. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

ADVERTISEMENT

4. Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

5. Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Terima kasih Cahaya Kasih Firdausi untuk perkongsian resepi Roti Sardin Goreng ini. Selamat Mencuba

BACA JUGA : 

Mudah Rupanya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal, Bersih & Juga Jimat!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Cahaya kasih Firdausi via Rencah Rasa

ADVERTISEMENT

Related articles