Resepi Puding Tutti Fruity Cantik Menarik & Sedap. Mudah & Cepat Nak Buat, Memang berbaloi!

Puding antara pencuci mulut atau manisan yang digemari ramai. Sangat sedap dimakan sejuk-sejuk. Boleh dikatakan kebanyakkan puding sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.

Menarik perkongisan resepi oleh Su Che’Man ini, beliau berkongsi resepi Puding Tutti Fruitty ini. Nampak sangat menarik untuk dimakan. Bukan sahaja menarik kanak-kanak untuk memakannya. Yang dewasa pun berebut sama.

Penyediaanya cukup mudah dan cepat nak buat. Memang berbaloi, satu resepi dapat dalam 25 bekas.

Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan, Gerenti Menjadi

PUDING TUTTI FRUITTY

Ada jemputan petang ni, takkan nak datang tangan kosong kan. Mudah dan cepat nak buat. Memang berbaloi, satu resepi dapat dalam 25 bekas.

BAHAN-BAHAN PUDING :

  • 10 gm serbuk agar2*
  • 390 gm tin susu cair (1 tin)*
  • 3 tin air* (sukat pakai tin susu cair)
  • 1 tin susu full cream* (sukat guna tin susu cair)
  • 20 gm tepung kastard*
  • 400 gm susu pekat*
  • Esen vanila *

BAHAN-BAHAN FILLING :

Filling kiwi, strawberry, blueberry, lime (cari sahaja di kedai bakery, ada jual, macam-macam perasa ada)

CARA-CARANYA :

1. Coret-coretkan bekas puding dengan filling aneka pilihan. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan yang bertanda * dan tapiskan ke dalam periuk. Kemudian masak atas api sederhana.

3. Kacau-kacau hingga larut.

4. Apabila dah betul-betul mendidih tutup api dan tuangkan ke dalam bekas yang sudah dicoret dengan filling tadi. Biarkan hingga sedikit suam.

5. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Bila dah sejuk bolehlah dimakan. Makan kena sejuk-sejuk baru sedap.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Su Che’Man via Harmagidun

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles