Resepi Puding Strawberry Ni Memang Sedap. Sangat-Sangat Senang Nak Buat. Tak Muak & Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

Menarik dan cantik puding strawberry perkongksian Muhammad Ali ini. Salah satu resepi puding yang boleh anda cuba. Sangat-sangat mudah penyediaanya. Bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Boleh juga dijadikan juadah berbuka untuk Ramadhan nanti.

Mari ikuti perkongsian resepi di bawah ini

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Milo Chocolate By Mr. Ali Ini Memang Sedap. Lembut Je & Senang Nak Buat!

ADVERTISEMENT

RESIPI PUDING STRAWBERRY BY Mr. ALI

Resepi ni senang sangat-sangat, sesiapa pun boleh buat tau.

BAHAN LAPISAN PERTAMA :

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 3 cawan air (1 cawan = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 220 gram gula
  • Sirap (2 titik je tau, jangan letak banyak)
  • Secubit garam
  • Strawberry dipotong dadu/kecik. Terpulang nak letak banyak mana

NOTA : Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai hat non dairy sebaliknya pakai saja SUSU CAIR. Sukatan sama. Saya pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini.

ADVERTISEMENT

BAHAN LAPISAN KEDUA :

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 2 cawan air (1 cawan = 250ml)
  • Satu titik pewarna sirap
  • 60 gram gula
  • Strawberry yang dihiris. . Terpulang nak letak banyak mana.

CARA-CARA MEMASAK :

1. Untuk lapisan pertama masukkan 3 cawan air + 1 paket serbuk agar- agar + 220g gula. Kacau dulu sebati,dah sebati baru hidupkan api perlahan saja.

ADVERTISEMENT

2. Kacau dalam seminit, then masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sebati sampai mendidih

3. biarkan mendidih selama lebih kurang seminit

4. Off api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.

5.  Masukkan dalam loyang 8 inci. Seterusnya masukkan strawberry yg dipotong dadu. Masukkan perlahan lahan

6.  Biarkan ia set atau letak dekat luar saja selama 10 minit then sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

7. Untuk lapisan keduan,  masukkan 2 cawan air + 5 gram serbuk agar2. + 60 gram gula

8. Sebatikan baru on api. Perlahan sahaja..sebatikan sampai mendidih. Dah mendidih off api.

9. masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan, kemudian tapis dan biar suam sikit dalam 5 minit baru tuang

10. Ambil lapisan pertama tadi, kemudian cucuk dengan garfu sebanyak mungkin atasnya. Setelah baru tuang untuk lapisan kedua.

11. Tuang sedikit demi sedikit. Tuang separuh dulu, selepas itu baru letak strawberry yang dihiris tadi.

12. Tuang lebihan adunan sehingga strawberry tadi tenggelam. Jika  ada sebiji dua yang keluar keatas takpe je. Perlua cepat-cepat sebab lapisan kedua ini cepat mengeras.

13. Akhir sekali sejukkan dalam peti selama 2 jam , dah boleh makan.

Selamat mencuba semua!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles