Puding merupakan pencuci mulut yang sangat mudah dan enak untuk disediakan. Antaranya puding lumut butter ini, bukan sahaja sedap dihidangkan untuk ahli keluarga malah ia juga sangat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut di majlis-majlis.
Nak membuatnya juga mudah sahaja, ikuti sahaja resepi perkongsian Mas Cotek ini.
Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Lemak-Lemak Manis, Ini Cara Buat Puding Biskut Cream Crackers. Hanya 4 Sahaja Bahan Diperlukan!
PUDING LUMUT BUTTER
opah share lagi utk kome aje…
BAHAN PUDING LUMUT:
- 1 paket serbuk agar-agar |10gm
- 150 gm gula pasir
- 125 gm santan pekat
- 550 ml air
- 100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
- 2 biji telur | pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu
- 1/4 sdt garam
- 1 sdt esen vanilla
- 1 sdt pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN :
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati dan tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan.
3. Kacau sesekali sahaja.
4. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang.
5. Tuang ke dalam acuan/loyang.
6. Sejukkan.
*untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
BAHAN A PUDING MENTEGA:
- 3 biji kuning telur
- 100 gm mentega dicairkan
- 1 sdt esen vanilla
- 1/2 tin susu pekat manis
kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan
BAHAN B PUDING MENTEGA:
- 1 paket serbuk agar-agar
- 4 sdb gula pasir
- 550 ml air
CARA PENYEDIAAN :
1. Masak Bahan B sehingga larut dan meruap-ruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati.
3. Biarkan mendidih/tutup api.
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut.
5. Sejukkan.
*cakar-cakar sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega
Selamat Mencoba!
Sumber/Foto : Mas Cotek
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku