Resepi Puding Laici Ni Memang Sedap. Puding Popular Dalam Kalangan Mak-Mak Zaman 90-an!

Resepi puding laici perkongsian Muhammad Ali ini megibau semula kembali zaman 90-an kerana puding laici antara hidangan manisan popular yang menjadi kesukaan dalam kalangan mak-mak zaman 90-an.

Resepi puding laici ini sangat-sangat mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan ringkas dan hanya satu lapisan sahaja membuatnya. Namun pastikan anda buat dalam kauntiti yang banyak sebab bila dah siap confrim tak cukup.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Milo Chocolate By Mr. Ali Ini Memang Sedap. Lembut Je & Senang Nak Buat!

RESEPI PUDING LAICI ZAMAN MAK-MAK 90-AN

Resepi Puding Laici Zaman 90-an oleh mak Mr.Ali

Jangan risau saya karang resepi ni agak detail supaya orang lain boleh cuba juga tau. Resepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup!

Jom start!

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN

  • 12 gram agar – agar tali. ( Agar-agar tali ni bagus tau sebab dia stabil elok dan tak terlalu lembik)
  • 6 cawan air ( 1 cawan air : 250ml)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred B ( kalau gred A pakai 2 biji je)
  • 2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil garam

ADVERTISEMENT

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6minit atau sampai mendidih, kacau-kacau perlahan, api pasang perlahan.

2. Selepas itu masukkan 1 cawan gula . Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.

3. Dah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah dia dulu . Kacau sebati.

4. Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair, masukkan 1 sudu kecil essen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan

5. Dalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati & masukkan kedalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.

6. Kacau sebati dan masukkan kedalam air agar-agar.

7. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit pada api yang perlahan

8. Dah mendidih masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat je then off api.

9. Masukkan kedalam acuan / loyang. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti & sejukkan selama 3 jam .

Dah boleh makan sejuk-sejuk. Selamat mencuba resepi Mak Mr.Ali

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles