Resepi Popia Sira Pedas, Manis Dan Rangup. Sangat Mudah, Ringkas & Boleh Tahan Berminggu-Minggu!

Resepi sira popia perkongisan Adam Adwa memang ringkas dan mudah. Yang pastinya ia sedap. Anda juga boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat. Boleh juga di buat jualan di bulan Ramadhan nanti.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Popia Carbonara Frozen. Ringkas & Mudah. Nak Makan Tinggal Goreng Je

ADVERTISEMENT

RESEPI POPIA SIRA MANIS-MANIS PEDAS RANGUP

Cerita semalam teringin nak makan pastu rindu nak buat pon ye jugak. Dulu ni lah antara punca pendapatan time bulan Ramadhan Syawal, Alhamdulillah hantar kat kiosk-kiosk, hantar kat kedai-kedai makan dan jual sendiri.

Semalam weekend dok saja takde buat apa maka tadaa, ini lah hasilnya.

Alhamdulillah rasa masih sama manis manis pedas dan rangup! Saya share resepinya tapi agak-agak, InsyaAllah puan-puan boleh buat yakin boleh!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket kulit popia saiz 8
  • Tepung gandum
  • Air

BAHAN SAMBAL SIRA :

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Kacang – ditumbuk kasar
  • Biji bijan

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Untuk sepeket kulit popia belah jadikan 2. Leraikan belah pertama satu-satu. Belahan satu lagi pastikan kulit popia disimpan di dalam chiller. Kalau kering nanti susah nak gulung.

ADVERTISEMENT

2. Gulung dan gamkan pada hujung menggunakan campurkan air dan tepung gandum.

ADVERTISEMENT

3. Bila dah siap gulung, potong serong dan sedia untuk digoreng. Bila dah siap goreng, toskan minyak.

4. Untuk membuat sambal sira, tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.

6. Masak dengan api kecil sehingga buih-buih wap air menghilang.

7. Yang tinggal hanya buih-buih halus gula. Jika rasa sambal dah cukup manis dan pedas, boleh masukkan popia yang sudah digoreng tadi.

8. Masukkan juga kacang yang ditumbuk kasar.

9. Tutup api, gaul perlahan-perlahan sehingga semuanya sebati. Taburkan biji bijan yang sudah disangai.

10. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

TIPS EXTRA :

Tips nak rangup pas sira tu bakar dalam oven sekejap (suhu 130 selama 10 minit). Inshaallah tahan berminggu-minggu saya buat macam ni juga. Tapi tak sampai seminggu dah abis makan.

Sumber/Foto : Adam Adwa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles