Resepi Popia Begedil Daging, Memang Padu & Rapuh Elok. Berebut Semua Nak Makan!

Biasa begedil ni kita buat dengan tauhu. Kali ini, apa kata gantikan dengan kulit popia untuk jadikan popia begedil.

Resipi popia begedil daging yang dikongsi Salwani Ahmad @ Ceksal Kitchen ini sangat senang dan mudah untuk membuatnya. Sesuai untuk menu minum petang kita. Pasti berebut masing-masing nak makan.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Popia Carbonara Frozen. Ringkas & Mudah. Nak Makan Tinggal Goreng Je

RESEPI POPIA BEGEDIL DAGING

Popia begedil… memang paduu…rapuhh elokk

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gram kentang
  • 100 gram daging kisar @ daging burger
  • Sudu teh lada sulah
  • Serbuk perasa
  • Setangkai daun bawang – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Minyak masak
  • kulit popia

BAHAN SALUT :

  • 2 biji telur – pukul

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus kentang hingga empuk. Jika nak goreng dulu pun boleh. Goreng nanti begedil tak lembik sangat.

2. Setelah sejuk, lenyek hingga halus.

3. Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.

4. Gaul hingga rata.

5. Letak inti yang kita gaulkan tadi ke atas kulit popia. Lipat dan gulung dengan kemas. Buat sampai habis inti.

6. Panaskan minyak dalam kuali.

7. Celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan dengan sambal hitam/sambal kicap. Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Ceksal Kitchen

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles