Resepi Pepes Ayam Yang Sedap & Cukup Rasa
Pepas ayam ataupun dipanggil satah ayam ini antara hidangan bakar yang menjadi kesukaan ramai.
Rasa ayam yang dibakar bersama gabungan rempah serta bau harum daun pisang menjadikan ia hidangan cukup sedap. Lagi-lagi di makan ketika masih panas-panas, memang membuka selera.
Kebiasaanya pepes ayam yang sudah dibakar agak mahal harganya. Jika teringin boleh buat sendiri sahaja. Ikuti resepi perkongisan Nur Izzati Zulkifli ini.
Sedap dan cukup rasa, barulah puas nak makan. Caranya cukup mudah, buat yang baru pertama kali buat pun pasti menjadi.
RESEPI PEPES AYAM
Alhamdulillah, pertama kali cuba buat pepes ayam. Teringin sangta-sangat, menjadi. Cukup semua rasanya. Cuma cara lipat tu je kurang kemas.
BAHAN :
- Isi ayam (blend kering sampai lumat)
- Telur 2 biji
Isi ayam tu lps blend kering ketepikan bersama telur 2 biji
BAHAN KISAR :
- Bawang merah 5 biji*
- Bawang putih 6 ulas*
- Halia 1 inci*
- Kunyit hidup 1 inci*
- Jintan manis 2 sdb*
- Jintan putih 2 sdb*
- Ketumbar 2sdb*
- Serai 3 batang*
BAHAN LAIN :
- Cili boh 1 senduk
- Daun pisang
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Santan kotak setengah kotak kecik
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Masukkan bahan blend dan 1 senduk cili boh. Masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan setengah kotak dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Apabila sudah masak ketepikan, masukkan ke dalam bekas sehingga sedikit sejuk
6. Bila dah sejuk campurkan dengan isi ayam blend dan 2 biji telur. Gaul sehingga rata dan sebati
7. Potong daun pisang (layorkn sekejap)
8. Letakkn 1 sudu adunan tadi di atas daun pisang dan stapler atau cucuk dengan lidi.

9. Kukus selama 20 minit
10. Siap kukus dah boleh bakar sekejap.
SIAP!
Sumber/Foto : Nur Izzati Zulkifli