Resepi No-Bake Chocolate Pie Yang Sedap & Super Senang. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!

Hujung-hujung minggu ni apa kata anda cuba resepi pie coklat yang ringkas ini. Tak perlu bakar, hanya perlu sejukkan sahaja. Bahan yang digunakan hanya 4 sahaja dan super senang nak menyediakannya.

Dah siap nanti boleh lah makan-makan sambil hirup secawan coffee.. fuhh, memang syok.

Nak cuba buat? Jom ikuti resepi No- Bake Chocolate Pie by Muhammad Ali di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Kek Milo 3 Bahan Tanpa Tepung. Sangat Sedap, Gebu Dan Lembut!

NO-BAKE PIE CHOCOLATE BY MR. ALI

Salam dan hi semua. Resepi yang mr.ali nak share kali ni ialah No- Bake Chocolate Pie by Mr Ali. 4 Bahan je uols and super senang. Jom baca resepi ni.

Loyang 10 inci jenis tart macam ni. Tapi nipis ja . Boleh pakai loyang biasa punya

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN BASE :

  • 350 gram digestive biscuits (nak pakai oreo pun boleh)
  • 140 gram butter

BAHAN CHOCOLATE FILLING

  • 180 gram dairy whipping cream
  • 300 gram dark chocolate compound. Saya pakai van houten

BAHAN TOPPING

  • 120 gram dairy whipping cream
  • 120 gram dark chocolate compound
  • 1 sudu kecil butter

CARA PENYEDIAAN :

1. Untuk base, hancurkan 350 gram digestive biscuits (nak pakai oreo pun boleh). Gaulkan bersama 140 gram butter yang telah dicairkan.

2. Kemudian mampatkan dalam loyang. Ratakan sampai ke tepi loyang. Mampatkan betul-betul. Sejukkan dalam peti selama 30 minit

ADVERTISEMENT

3. Untuk Chocolate filling pula, Double boil 180 gram dairy whipping cream, 300 gram dark chocolate compound. Saya pakai van houten

Double boil sampai semua bahan sebati. Dah siap double boil, bagi dia suam dalam 10 minit then tuangkan ke atas base yang kita dah sejukan tadi. Sejukkan lagi selama 30 minit dalam peti.

4. Bahagian topping pula, Double boil 120 gram dairy whipping cream, 120 gram dark chocolate compound dan 1 sudu kecil butter

Kacau sampai sebati dan tiada ketul-ketul. Dah siap kasi dia suam dulu dalam 10 minit then baru tuang keatas lapisan tadi. Sejukkan semalaman dan dah boleh makan.

Makan sambil hirup secawan coffe. Fuhh… Selamat mencuba semua!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles