Resepi Nasi Bukhari Kambing Paling Mudah Dalam Dunia. Memang Sedap!

Bagi mereka yang pernah merasai keenakkan nasi bukhari pasti tahu akan rasa dan aroma bau dan citarasa menakjubkan dengan penuh rempah ratus. Nasi Bukhari ini amat terkenal di beberapa negara terutamanya di Arab Saudi.

Di Malaysia, anda juga boleh merasai keenakkan nasi bukhari kambing ini yang boleh didapati di restoran-restoran Arab dan Pakistan. Anda juga boleh memasaknya sendiri dirumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga.

Ashafizrol Ab Hamid ada membuat satu perkongsian resepi di Facebook miliknya. Menariknya resepi perkongsian beliau merupakan resepi Bukhari Kambing paling mudah dalam dunia. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Namun hasilnya memang sedap

RESEPI NASI BUKHARI PALING MUDAH DIDUNIA

BAHAN-BAHAN :

  • Minyak masak
  • Danging Kambing (Dipotong Dadu)
  • Bawang besar/holand (dihiris nipis)
  • Lobak Merah (dipotong runcing)
  • Garam
  • Jintan Putih
  • Mentega
  • Daun Bay/Bay Leaf
  • Tomato (dikisar)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Mula-mula panaskan minyak (زَيْت ج زُيُوت) dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak dan tak terlalu sediki. Sedang-sedang (بَيْنَ بَيْن).

2. Masukkan daging kambing yang dipotong cube (مُكَعَّبَات). Alih-alihkan (نُقَلِّب) daging tu dalam kuali selama lebih kurang 15 minit. Kemudian keluarkan. Daging kambing tu jangan letak apa-apa. Garam pun jangan letak. Biar kosong.

3. Masukkan bawang besar (بصل هِندي) atau bawang holand (بصل هُولندي) yang dihiris nipis (شَرَائح). Goreng sampai garing (مُقَرْمَش) dan masukkan carrot yang dipotong runcing (شرائح رفِيعة). Terus goreng (قَلى – يَقْلِي – قَلْيًا / قِلًى).

3. Masukkan garam (مِلْح), jintan manis (كَمُون) [ nama betulnya adalah شَمَّر ????. Saya silap selama ni. Kammun adalah jintan putih ], butter (زُبْدَة), bay leaf (ورَق غَار) dan masukkan tomata yang sudah dikisar. Saya guna dua biji sahaja sebab nasi dalam dua cawan. Masukkan sedikit air. Bila dah menidih (يَغْلِي), masukkan semula daging yang digoreng tadi. Biar di atas api lebih kurang 15 min.

4. Kemudian tuangkan semua yang ada dalam kuali tadi ke periuk beras yang sudah direndam lebih kurang setengam tadi. Tambah sedikit lagi garam jika perlu.

5. Tutup permukaan periuk dengan aluminium foil (ورق ألومنيوم) bagi kemas (بِإحْكام) dan masukkan dalam ketuhar (فُرْن) dengan suhu (250c) selama setengah jam dan 200 selama setengah jam lagi. Semua sejam.

6. Siap dah boleh makan. Air jangan terlalu banyak. Masak nasi dalam ketuhar tak sama dengan yang biasa.

7. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Memang sedap. Saya tak letak buah kismis sebab anak isteri tak suka. Letak juga cili kot-kot nak rasa pedasnya.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ashafizrol Ab Hamid

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles