Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular dalam kalangan masyarakat orang Cina, namun ia juga digemari oleh peminatnya dari pelbagai bangsa khusunya di Malaysia ini. Rata-rata mereka yang baru kali pertama mencuba nasi ayam hainan ini terus jadi suka makan.
RESEPI NASI AYAM HAINAN
Resepi Nasi Ayam boleh mengenyangkan seramai 10 Orang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH :
- 4 Cawan Beras Wangi/Biasa.
- 4 Cawan air.
- 4/5 Paha Ayam.
- 1 bawang besar holland (Potong 4).
- 2 kiub ayam maggi.
- 3 inci halia (Potong halus).
- 2 sudu sos tiram.
- 1 tangkai daun bawang.
CARA MEMASAKNYA :
1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
3. Ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
BAHAN UNTUK MEMASAK TAUGEH/SAYUR PULA:
4 ulas bawang putih.
2 sudu sos tiram.
2 sudu minyak.
CARA MEMASAK :
1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur.
Selamat mencuba. Terima kasih.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Rencah Rasa, Myresepi