Resepi Mudah Nasi Lemak Kuning Tanpa Santan

Jika anda ke utara, Nasi Lemak Kuning ini sangat popular dan ia dijadikan menu sarapan khusunya di negeri Kedah. Hidang ini lebih kurang sama dengan nasi lemak yang kita biasa makan. Bezanya nasi lemak kuning ini ialah pada rasa dan baunya yang agak istimewa. Sedap dengan tumisan bahan rempah, wangi dan rasa lemak walaupun tidak menggunakan santan.

Berikut adalah perkongsian daripada Nor Asiah, resepi nasi lemak kuning daripada arwah ibunya ini tidak menggunakan santan.

CARA BUAT NASI LEMAK KUNING

BAHAN-BAHAN BERAS:

  • 2 tangkai daun kari*
  • Bawang kecil | hiris*
  • Bawang putih | hiris*
  • Halia*
  • 4 sekawan* (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • Daun pandan*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • 2 @ 3 sudu besar planta (ikut citarasa masing-masing, kalau nak moist letak lebih, kalau nak kering, letak sedikit)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Kiub pati ayam
  • Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Tumis bahan yang bertanda * di dalam periuk hingga wangi. Kemudian masukkan air, garam dan sedikit kiub ayam maggi. Kacau-kacau.

2. Bila air mendidih, masukkan beras. Masak hingga masak.

3.Bila dah masak, buka tudung periuk dan masukkan planta. Tutup kembali tudung periuk. Biar selama 4 minit. Buka dan kacau-kacau.

*saya masak nasi menggunakan rice cooker.

BAHAN UNTUK SAMBAL:

  • Cili kering | kisar
  • Bawang besar + sedikit belacan | kisar
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Bawang putih | diketuk

CARA CARA MEMBUATNYA:

1. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau-kacau.

2. Masukkan bawang kisar, sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.

3. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sedikit air, sedikit air asam jawa dan garam.

4. Bila dah mendidih, boleh masukkan lauk apa yang suka sama ada udang, ikan atau sotong.

5. Bila nak makan, bolehlah hidangkan nasi lemak bersama ikan bilis goreng dan telur rebus.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nor Asiah via RASA

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles