Resepi Mini Pancake Yang Sedap & Mudah. Anak-Anak Pun Teruja Nak Makan!

Jom buat mini pancake untuk anak-anak, mesti mereka teruja nak makan macam yang dibuat oleh Tuan Khairul Abdullah.

Hidangan ini sesuai untuk menambat selera anak-anak. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

CARA BUAT MINI PANCAKE YANG MUDAH & SEDAP

Nah, bagi yang dah boring makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Anak-anak pun teruja makan cara gini.
Nah resepi “Superdaddy Cereal Pancake” yang mudah yakmat.

ADVERTISEMENT
Ginilah rupanya waktu nak makan tu.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 biji telur
  • 2 sudu butter yang telah dicairkan
  • 1 sude kecil esen vanilla jika ada

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Campur semua bahan dan kacau sebati.

Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.

ADVERTISEMENT

2. Panaskan non-stick pan dengan menggunakan api paling kecil.

3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai.

ADVERTISEMENT

Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.

4. Siap. Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh juga nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.

Sumber/Foto : Khairul Abdullah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles