Resepi Mee Jawa Yang Sedap, Memang Puas Hati. Banyak Kali Masak Guna Resepi Ni!

Mee Jawa antara hidangan popular yang lazat yang boleh kita nikmati. Kuah mee jawa dibuat menggunakan keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuahnya. Bagi mereka yang pernah merasai mee jawa ini tahulah bagaimana rasanya mee jawa ini.

Nak buat mee jawa ini simple sahaja sebenarnya. Ikuti sahaja resepi perkongisan Marina Ismail ini pasti menjadi. Memang padu rasanya. Cubalah!

RESEPI MEE JAWA

Yuhuuuu… hari minggu datang lagi. Awaak masak apa arini? Mesti masak best-bestkan sebab semua ada kat rumah.

ADVERTISEMENT

Hari ni kan Kak M nak share resepi Mee Jawa yang kak M rasa kena sangat dengan tekak kak M sekeluarga. Lama sangat dah rasanya tahun 2009 dulu, Kak M dapat resepi ni dari Yahoo Group Restoran Pak Amir. Tak tau la group ni wujud lagi ke tidak. Tapi memang puas hati dan dah banyak kali Kak M masak guna resepi ni.

Meh tengok resepi dia. Simple je sebenarnya. Kalau nak derhaka sesikit takpe, macam nak tambah cucur udang ke kan. Kak M memang tak sempat nak menyucur bagai..hehehe. Tapi yang pasti, kuah tu kan lepas perangat banyak kali lagi umph rasa dia!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kilo mee kuning – celur
  • 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan blend
  • 1 cawan udang kering – goreng dan blend
  • 1 cawan udang hidup – rebus dan blend
  • 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau

BAHAN KISAR (A)

  • 15 tangkai cili kering – blend
  • 5 ulas bawang putih – blend
  • 8 ulas bawang merah kecil – blend
  • 1 inci halia – blend
  • Sikit belacan – bakar

BAHAN HIASAN :

  • Telur rebus – potong separuh
  • Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
  • Cili hijau dan cili merah dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun saderi dan daun bawang, dihiris
  • Taugeh – celur
  • Limau kasturi – belah

ADVERTISEMENT

CARA-CARA :

1. Rebus keledek oren sampai empuk.

ADVERTISEMENT

2. Kemudian, blend keledek oren sampai betul-betul halus. (asingkan)

3. Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. (asingkan)

4. Blend 1 cawan udang kering (goreng) dan 1 cawan udang hidup (rebus). Asingkan.

5. Seterusnya, panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah blend (cili kering, bawang merah, bawang putih, halia) dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.

6. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.

7. Masukkan gula melaka.

8. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend awal tadi.

9. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat tambahkan je air.

10. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. kuah mee jawa ni agak manis sket. Kita adjust-adjust je ikut kesukaan kita. Siap

CARA NAK HIDANG :

Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

Curahkan je 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak la telur rebus yang dah potong kat atas. Last sekali tabur daun saderi ngan daun bawang. Ehh lupa plak letak jugak limau kasturi. Dah boleh hidangkan dah yeayyy!

Sumber/Foto : Marina Ismail

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles