Resepi Mee Goreng Daging Laku Keras, Tumis Guna Bawang Putih Je Dah Cukup Sedap

Tidak mengira umur, semua lapisan masyarakat Malaysia amat sukakan mee goreng daging.

Resepi Mee Goreng Daging yang lazat ini adalah perkongsian Niq Ain. Cara pembuatannya amat mudah, boleh cuba resipi mee goreng daging ini. Mesti laku keras.

Kalau ada yang nak cuba, bolehlah tengok resipi di bawah ye.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Nasi Goreng Cabai Kering. Menu Paling Senang & Sedap!

RESEPI MEE GORENG DAGING MELETOP

Resepi senang campak-campak je siap

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 1 paket mee
  • Sayur sawi
  • Cili padi
  • Tomato
  • Daging – pastikan hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 sb cili boh
  • 4 sb sos tomato
  • 5 sb kicap manis
  • 3/4 sb gula

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.

ADVERTISEMENT

2. Masukkan cili boh 1 sudu besar, tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tomato 4 sudu besar, kicap manis dan gula.

ADVERTISEMENT

4. Tumis sehingga pecah minyak.

5. Kemudian baru masukkan daging. Masak daging sekejap sehingga masak.

6. Masukkan mee dan sayur serta sedikit air.

7. Kacau rata sehingga basah sedikit kering (mee berkilat).

8. Siap untuk dihidangkan. Taburkan juga bawang goreng dan daun bawang serta perahkan juga asam limau.

Sumber/Foto : Niq Ain via MyResipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles