Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sangat Sedap & Sangat Mudah Disediakan

Nampak menyelerakan betul kuey teow sup chinese style perkongsian Nurul Afidah Catalyst ni. Katanya nak menyediakannya cukup mudah dan ringkas. Hanya 30 minit dah siap semuanya, tinggal makan sahaja. Jika anda kurang suka kuey teow boleh sahaja tukar guna bihun, mee kuning atau mee kering.

Time-time hujan ni memang layan habis makan hidangan sebegini. Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuetiau. Cuma Bancuh 2 Jenis Tepung & Kukus!

RESEPI KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP

Malam ni masak kuey teow sup chinese style. Serious sedap dan sangat senang dimasak. Tak sampai 30 minit dah setel semuanya, makan time hujan sejuk sejuk nie memang best.

Nak share resepi kuey teow sup Chinese style ikut tekak cik Fide

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :

  • Ayam bahagian dada
  • Halia 1 inci potong nipis
  • Fish balls
  • Kiub pati ayam 1/2
  • Kiub pati bilis 1/2
  • Olive oil 2sudu (takde pun takpe)
  • Garam & air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • Kue tiaw basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
  • Pak Choy belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
  • Daun sup + daun bawang potong kecik²
  • Fish cake, goreng dulu lepastu potong nipis
  • Isi ayam yang dicarik
  • Bawang putih goreng + minyak (tumbuk halus & goreng)
  • Cili potong + kicap (Nak lagi sedap cili tu potong dan goreng kejap baru masukkan kicap masin + manis)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak

2. Masukkan pati ayam, pati bilis, olive oil dan fish balls

3. Tambah air dan perasakan dengan garam

4. Masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak

5. Time ni boleh celur pak choy, kejap je. Angkat dan toskan

6. Dah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik.

8. Lepas tu bolehla makan. Sedap sangat, Selamat mencuba

Sumber/Foto : Nurul Afidah Catalyst

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles