Resepi Kuey Teow Basah Seafood Sedap, Makan Sepinggan Memang Tak Cukup!

Hidangan kuey teow basah tidak asing buat rakyat Malaysia. Hidangan ini sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Kuey Teow basah kebiasaanya akan bertambah sedap apabila ditambah sotong, udang , kerang dan sebagainya. Memang tak cukup sepinggan dibuatnya. Bila masak sendiri macam macam boleh kita add on dalam kuey teow yang kita masak. Barulah puas hati makan.

Nak menyediakannya juga mudah sahaja. Ikut sahaja resepi perkongsian oleh Nurul Ateekah ini. Confrim tak cukup sepinggan. Meriah betul.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sangat Sedap & Sangat Mudah Disediakan

RESEPI KUEY TEOW BASAH SEAFOOD

Makan pagi-pagi sedap, makan petang-petang sedap, makan malam-malam pun sedap. Kalau lapar lagi-lagi la sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • ½ kilo kway teow
  • 3 ulas bawang putih(dikatok)
  • Cili kisar (2 sudu besar)
  • 3 biji telur
  • Segengam taugeh
  • Kucai(agak²)
  • Udang
  • Sotong
  • 1 biji tomato dibelah 4@6
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Kicap manis( 4 sudu besar@agak-agak)
  • Sos ikan (1 sudu besar)
  • Garam(agak²@terserah nak letak atau tak)
  • Gula (1 sudu besar@agak²)
  • Serbuk perasa (1 sudu kecil)
  • (Sedikit air -agak-agak je)

CARA-CARANYA :

1. Minyak masak dipanaskan dahulu

2. Gorengkan telur serta hancurkan telur dalam kuali, angkat dan diasingkn ketepi dahulu.

3. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

4. Setelah masak, masokkan pula cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan udang, sotong dan masak seketika.

6. Apabila sotong Dan udang telah masak,masukan kicap,SOS tiram,SOS cili SOS tomato Dan SOS ikan,Dan perasakan dengan secukup rasa,gula, garam dan masak seketika (Masukkan sedikit air jika perlu)

7. Masokkan taugeh,kucai,kway teow , tomato,cili merah dan telur yang telah digoreng tadi.

8. Akhir sekali gaul sekata.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Ateekah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

Related articles