Resepi Kuewtiau Sup Fishball, Sedap & Senang Nak Buat. Anak-Anak Pun Suka

Kuewtiau Sup Fishball ini antara hidangan yang sedap dan senang disediakan yang boleh anda cuba buatnya sendiri di rumah.

Resepi berasaskan sup ini sangat sesuai dihidangakan untuk seisi ahli keluarga.

Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Kuey Teow Sup Ala-Ala Kopitiam, Ringkas Je Tapi Rasa Memang Sedap!

RESIPI KUETIAU SUP FISHBALL

resepi Kuewtiau Sup Fishball

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang
  • 1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.
  • 1 pek kecil fishball dibelah dua.
  • 1 pek kecil fishcake – dihiris nipis.

CARA PENYEDIAAN :

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

MINYAK BAWANG PUTIH :

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

CILI KICAP :

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.

SIAP :

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake,  hirisandaun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

SELAMAT MENCUBA 👍

Sumber/Foto : Zulkifli Mat

Related articles