Resepi Kuah Soto Ayam Pekat Berempah. Suami Tak Jemu Makan, Mak Mertua Pun Puji Sedap
Resepi soto ayam perkongsian Ezah Hazreen memang simple dan senang.
Bukan itu sahaja malah kuah bukan kuah soto ayam yang biasa tapi soto ayam yang pekat rasa rempah. 4 tahun buat soto ayam ikut resepi ini. Suami tak jemu makan malah mak mertua pun puji sedap.
RESEPI SOTO AYAM
Harini masak soto ayam tapi terajin pulak snap pic dan buat resepi. Ni bukan soto kuah sup biasa ye, ni soto yang pekat rasa rempah. Alhamdulillah dah 4 tahun buat soto ayam pakai resepi ni, suami tak pernah jemu makan, mak mertua pun puji sedap.
Resepi ni simple dan senang nak buat.
BAHAN-BAHAN :
- Isi Ayam (saya pakai bahagian isi sahaja)
- Bawang Besar /Bawang Holland 2 Biji **
- Bawang Kecil 5-6biji **
- Bawang Putih 5 Ulas **
- Halia 1 inci **
- Kunyit Hidup (saya pakai serbuk kunyit je) **
- Serai (Ketuk)
Kisar semua bahan bertanda ( ** )
BAHAN PERENCAH :
- Perencah Kurma 2 paket Kecil
- Perencah Sup 1 paket kecil
- Sup Bunjut Tulang 4 Sekawan
- Kiub Ayam Knorr

CARA PENYEDIAAN KUAH :
1. Panaskan minyak, dan tumis 4 sekawan.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama serai yang di ketuk. Tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan rempah sup + kurma tadi, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sikit.
4. Lepas dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.
5. Bila ayam dah kecut masukkan air dan sup bunjut tadi, air boleh laraskan ikut citarsa masing-masak, Nak pekat atau cair sikit.
6. Bila kuah dah mengelegak masukkan Kiub Ayam, saya pakai 2 kiub ayam. Masak sampai isi ayam tadi betul-betul masak.
7. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu carik-carik isi ayam tu dan ketepikan.
8. Boleh perasakan kuah dengan Garam/Gula /Ajinomoto /Cukup Rasa. Sis guna garam dan gula je. Boleh tambah air kalau nak. Lepas rasa dah ngam dengan tekak boleh tutup api
Kuah siap! Next, kita buat cili kicap pulak.
BAHAN-BAHAN CILI KICAP
- Bawang Putih
- Cili Burung( Hijau dan Merah, Merah jangan banyak sangat sebab pedas)
- Kicap Jalen Lemak Manis
- Gula 2 Sudu
- Sedikit garam
1. Goreng kejap cili dan bawang putih guna kuali legend. Hati-hati ye sebab masa goreng ada letup-letup sikit.
2. Lepas tu Kisar semua bahan-bahan tadi.
Cili Kicap Pedas siap! Next kita buat pula bihun keropok soto
BAHAN-BAHAN BIHUN KEROPOK SOTO
- Bihun ( tak perlu basuh biarkan keras je)
- Minyak
1. Panaskan minyak dalam Kuali sampai betul-betul Panas.
2,]. Masukkan bihun sedikit dia akan kembang macam keropok, beberapa saat je jangan lama-lama nanti hangus.
Keropok Siap! Last part kita sediakan bahan accessories simple untuk soto ayam kita.
Accessories Simple untuk Soto Ayam
- Nasi Impit
- Taugeh
- Isi Ayam ( Carik)
- Kacang Tanah (Goreng)
- Daun sup
- Boleh jugak tambah Begedil
DAH SIAP!
Boleh lah dihidang untuk di makan. Selamat mencuba
Sumber/Foto : Ezah Hazreen