Resepi Kek Milo 3 Bahan Tanpa Tepung. Sangat Sedap, Gebu Dan Lembut!

Mudahnya buat kek milo, tak perlu tepung pun kek menjadi. Macam tak percayakan. Biasa orang buat kek guna tepung.

Resepi kek milo perkongisan Noriza Awang Hamat memang mudah hanya guna tiga bahan sahaja. Hasilnya tidak mengecewakan. Sangat sedap, gebu dan lembuh. Anda kena cuba sendiri di rumah.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kek Lobak Merah Guna Sukatan Cawan & Sudu. Resepi Mudah, Gerenti Jadi & Sedap!

KEK MILO 3 BAHAN

Fuhhhhh.. lega rase kejadian memuaskan. Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam fb. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali cikza buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap, gebu dan lembut. Cik Kiahhh semua bila lagi nak mencuba

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cwan Milo
  • 4 biji telur
  • 2 Sb susu pekat

ADVERTISEMENT

CARA MEMASAK :

1. Blender semua bahan.

2. Kemudian kukus selama 1 jam

ADVERTISEMENT

Ramai yang tanya tutup tal masa kukus kek tu? Yer cikza tutup dengan penutup mangkuk kaca tuu tak bgi air menitik atas adunan. Disebabkan air menitik la kek tak naik dan menjadi bantat. Kemudian tutup pengukus dengan penutup dia (tak perlu balut dengan kain dah)

INI HASILNYA

Ramai yang telah mencuba, menjadi. Ini antaranya :

Alhamdulillah jadi..saya buat.. – Nur Fatihan

Jadiii yayyy.. tq sis – Hasni Malik

Saya guna cawan ni. Jadi.- Atiqah Hamid

Menjadi.. sedap lembut gebu gitu – Che Rosziah Che Hassan

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Noriza Awang Hamat

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles