Resepi Kek Coklat Moist Topping Melimpah Ruah, Sedapnya Tak Terkata!

Bila sebut sahaja kek coklat Moist pasti terbanyang akan kesedapannya. Yela siapa tak suka coklat kan. Lebih sedap jika toppingnya melimpah ruah.

Jika buat sendiri memang puas hati, nak letak toping melimpah boleh, yang pastinya boleh dapat berbekas-bekas. Nak buat pun taklah susah sebenarnya. Ikut sahaja resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini. InsyaAllah menjadi dan sedap.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kek Pandan Kampung Guna Dapur Gas. Hasilnya Gebu & Sedap!

ADVERTISEMENT

KEK COKLAT MOIST DENGAN TOPPING MELIMPAH RUAH

Kek Coklat Moist dengan topping melimpah ruah oleh Mas Cotek. Kemain toppingnya hah

BAHAN KEK – BAHAN A

  • 1 cwn tepung
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

Satukan semua bahan dan ayak. Ketepikan

BAHAN KEK – BAHAN B

  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 3/4 cwn susu pekat manis
  • 3/4 cwn gula pasir

Satukan semua bahan. Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga gula larut

ADVERTISEMENT

BAHAN C

  • 4 biji telur

Blend

BEKAS PLASTIK SECUKUPNYA

  • SAIZ 250 (opah buat dapat 12 bekas)

CARA-CARANYA :

1. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B diselang selikan dengan Bahan C

ADVERTISEMENT

2. Sebatikan

3. Tuang adunan 1/2 daripada bekas plastik yang digunakan

4. Kukus 25~30 min

5. Sejukkan

TOPPING COKLAT

  • 300 gm coklat masakan
  • 500 ml UHT whipping cream

CARA-CARANYA :

1. Dalam periuk satukan kedua bahan

2. Panaskan sehingga berwap dan coklatnya mencair

3. Angkat dan terus tuang ke atas kek.

(Kemain toppingnya hah)

4. Hias suka hati.

(Tabur le cekelat bijik2 ni hah..ada namanya opah ilang ingatan dah… kalau jumpa nama dia kang opah bagitau ya)

5. Siap!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles