Bagi anda pencinta aiskrim apa kata anda cuba sendiri buat ice-cream chocolate nescafe resepi perkongsian Muhammad Ali ini. Bila dah siap boleh makan! Memang sedap terutama bagi coffee dan chocolate lovers!
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, memang sedap dan pasti anda akan puas hati. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Mudah Rupanya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadikan Side Income
RESEPI ICE-CREAM CHOCOLATE NESCAFE BY MR.ALI
Resepi ni menggunakan acuan silikon ice cream popsicle, banyak sangat dijuall di DIY @ baking store. Kalau tak nak buat bentuk macam ni takde masalah buat dalam bekas je. Cuma bahagian topping tu saya akan explain dalam resepi ni. Jom start!
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1/2 cawan susu pekat yg disejukkan
- 1/3 serbuk koko
- 1/4 susu cair yang disejukkan
- 1 cup dark chocolate
- 1 cup milk chocolate
- 1 sudu makan minyak jagung atau minyak masak.
CARA-CARA :
- Bancuh 1 sudu makan serbuk nescafe dengan 1/3 air panas. Sebatikan. Sejukkan dalam peti sementara buat step lain
2. Masukkan 1 cawan dairy whipping cream. Beat 2-3 minit, then baru masukkan 1/2 cawan susu pekat yang disejukkan 2-3 jam. Kalau nak mudah sehari sebelum buat tu letak je dalam peti dulu + 1/4 susu cair. Susu cair pun kena sejukkan 2-3 jam dulu ya.
3. Beat hingga sof peak atau bila kita angkat cream tadi dia bertanduk tapi cream masih jatuh (bukan beat kental tau, separa kental sahaja)
4. Then bahagikan kepada dua bowl.
(1) Bowl Pertama : Lapisan Nescafe
Masukan bancuhan nescafe yang kita dah sejukkan tadi dan 1/3 serbuk koko. Sebatikan kejap.
Dan masukkan dalam acuan popsicle tadi. Kalau takde masukan je dalam bekas biasa. Bekukan selama 1-2 jam
(2) Bowl Kedua: Lapisan Putih
Masukkan 1 sudu kecil essen vanila , sebatikan. Sementara tunggu lapisan pertama set, masukan lapisan kedua ni di dalam peti ( bahagian chiller ya bukan freezer)
Bila lapisan nescafe dah sejuk, masukkan lapisan kedua tadi. Dan bekukan semalaman.
5. Bila dah beku semalaman, ambil 1 cawan milk chocolate + 1 cawan dark chocolate + 1 sudu makan minyak. Minyak ni penting sebab coklat tak terlalu tebal bila kita dip.
6. Cairkan, dah cair ketepikan bagi dia sejuk. Jangan dip masa chocolate masih suam. Tunggu betul-betul sejuk.
7. Masukkan chocolate yang dicairkan dalam cawan yang tinggi Dipkan setiap aiskrim. Bagi yang pakai belas..drizzle je melted choc ni or letak apa apa topping je ..chocolate chips ke.. ikut kesukaan anda.
Akan dapat 4-5 batang kalau yang pakai popsicle.
Dah siap dan boleh makan! Memang sedap terutama bagi coffee & chocolate lovers!
Sumber/Foto : Muhammad Ali
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku